dobilayandiri.com.my

Perkhidmatan Berkualiti,Sahsiah Terpuji

dobilayandiri.com.my merupakan sebuah jenama perniagaan yang berkonsepkan dobi layan diri yang dimiliki sepenuhnya oleh Permata Ayu Services

EVOLUSI cucian dobi bermula apabila orang Rom buat pertama kalinya menjana perkhidmatan itu. Bermula dengan merendam pakaian kotor ke dalam air bercampur sabun, kemudian, akan dipijak-pijak ataupun menari ke atas pakaian tersebut.

Tujuan perlakuan itu adalah semata-mata untuk menghilangkan kekotoran pada pakaian. Unik bukan?

Namun, semua itu tinggal sejarah. Dunia yang semakin pesat membangun dengan teknologi yang semakin dihebat telah meninggalkan segala yang rigid kepada yang lebih mudah.

Seperti 'tumbesaran' teknologi televisyen mahupun radio atau komputer, perkhidmatan dobi juga membangun seiring dengan arus perdana.

Berkonsepkan 'Perkhidmatan Berkualiti,Sahsiah Terpuji',dobilayandiri.com.my atau lebih dikenali sebagai kedai dobi layan diri menggunakan duit syiling ini berjaya mencuri perhatian orang ramai, terutamanya mereka yang menetap di sekitar Shah Alam, Selangor.

Ia juga merupakan antara kedai dobi layan diri pertama di Lembah Klang menggunakan konsep dobi layan diri dengan duit syiling.